/Uqasha Senrose, Hefny Sahad Bakal Bertunang Tidak Lama Lagi

Uqasha Senrose, Hefny Sahad Bakal Bertunang Tidak Lama Lagi

Sharing is caring!

Tahniah! Setelah setahun lamanya mereka menyulam cinta, Uqasha Senrose akhirnya mengaku bahawa jejaka bernama Hefny Sahad merupakan kekasihnya. Malah dalam masa sama, Uqasha turut mengakui mereka ada merancang untuk bertunang tidak lama lagi.

“Sebelum ini, saya tidak pernah mengaku mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki, walaupun kami memang bercinta. Namun, kali ini saya berani membuat pengakuan saya dan Hefny memang pasangan kekasih. Kami serius dalam hubungan ini,” katanya kepada Berita Harian Online.

Jika dilihat di Instagram kedua selebriti ini, mereka tidak lagi menyembunyikan hubungan ini. Terdapat juga beberapa gambar dan video mesra dimuat naik untuk tatapan peminat mereka. Pandai juga Uqasha menyorokkan kisah cinta beliau, hampir semua tidak menyedari hubungan mereka terjalin.

Terdahulu, Uqasha teruk dihentam kerana tampil berbadan gempal di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK) selain mengenakan baju yang boleh dikatakan setakat belit di badan. Baju itu turut menampakkan beberapa bahagian gempal di badannya seperti di lengan dan pipi.

Menyedari kritikan negatif peminat, Uqasha menerusi Instagram berang dengan cemuhan yang diberikan mengenai bentuk badannya. Jelasnya berat badannya naik kerana terlalu bahagia bersama kekasihnya.Namun Uqasha enggan mempedulikan kata-kata nista peminat asalkan hatinya bahagia.

Sharing is caring!