/Tular Di Laman Sosial,Wang Dalam Troli & Kontena, Hanya Sedutan Filem

Tular Di Laman Sosial,Wang Dalam Troli & Kontena, Hanya Sedutan Filem

Sharing is caring!

Dua gambar yang tular dilaman media sosial yang memaparkan wang RM100 dan RM50 dalam jumlah yang besar dan tersebar di laman sosial sejak semalam adalah sedutan sebahagian daripada babak filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata selepas membuat semakan, pihaknya mendapati gambar yang berada di laman sosial itu adalah sedutan daripada filem berkenaan.

“Pihak polis telah menghubungi Skop Production dan wakilnya telah memaklumkan gambar itu adalah sama dengan adegan dalam filem Abang Long Fadil 2.

“Sebagai makluman, gambar berkenaan dipercayai dikesan mula disebarkan sejak semalam menerusi media sosial. Anggota polis Klang juga turut terlibat dalam pengambaran tersebut,” katanya.

Shamsul Amar berkata dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas mengenai dakwaan berlakunya rampasan wang palsu dalam jumlah yang besar itu di Pelabuhan Klang. – BERNAMA

Sharing is caring!