/Tasha Shila Dikecam Kerana Gambar Hampir Nampak Punggung

Tasha Shila Dikecam Kerana Gambar Hampir Nampak Punggung

Sharing is caring!

“Manusia berpegang pada janjinya, lembu berpegang pada talinya.” Terdahulu pelakon Tasha Shila pernah memberitahu bahawa akan tampil dengan imej yang lebih sopan kerana imej seksi nya sebelum ini pernah dihimpit pelbagai kontroversi.

Tasha Muat Naik Gambar Seksi Lagi

Terkini, Tasha dilihat seperti lupa akan kenyataan yang pernah diberitahunya dahulu kerana gara-gara memuat naik foto memakai seluar pendek seksi sehingga hampir menampakkan punggungnya di Instagram, beliau sekali lagi kembali mencetuskan kontroversi dan mengundang kecaman netizen.

Bukan gambar itu sahaja, tinjauan Karipedas.com turut mendapati beberapa gambar beliau di Instagram turut kelihatan seksi.

Imej Seksi

Melihatkan dirinya sebagai seorang ‘public figure’ dan beragama islam, rata – rata netizen turut membanjiri ruangan komen di Instagram dengan menasihati beliau untuk berpakaian lebih daripada sopan.

Pada hemat kami, mungkin beliau berpakaian sedemikian kerana sedang bercuti tapi sayangnya gambar itu telah dimuat naik di media sosial dan menjadi bahan kecaman para netizen.

Sumber: Hangat

Sharing is caring!