/Tahniah, Izara Aishah, Adib Khalid Selamat Diijabkabulkan

Tahniah, Izara Aishah, Adib Khalid Selamat Diijabkabulkan

Sharing is caring!

Pasangan romantis Adib Khalid & Izara Aishah telah selamat bergelar suami isteri sekitar jam 8.50 malam tadi dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Damansara Perdana, Selangor.

Dalam majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu, Izara Aishah sah bergelar isteri kepada Adib Khalid dengan sekali lafaz.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas tiga tahun menyulam cinta. Majlis resepsi pula akan disertai keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

sumber : rotikaya

Sharing is caring!