/Susut 12KG, Syura Terkena Buatan Orang?

Susut 12KG, Syura Terkena Buatan Orang?

Sharing is caring!

Impian Syura untuk mara ke peringkat akhir pada minggu hadapan nampaknya tidak kesampaian apabila ‘gegaran’ itu terhenti pada minggu separuh akhir Gegar Vaganza 4 (GV4).

Diserang Penyakit Misteri Sejak Oktober

PENYANYI, Syura Badron mendedahkan menghidap penyakit misteri yang mulanya disangkakan penat biasa sejak beberapa bulan lalu.

Syura, 32, bagaimanapun menjadi risau apabila ramai orang terdekat menegur bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Meskipun tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara bukan-bukan, penyanyi terbabit mengakui ada perkara pelik berlaku padanya.

“Saya perasaan dalam beberapa minggu ini suara saya pandai hilang pada waktu pagi. Kepala migrain secara tiba-tiba selain badan kebas sebelah.

“Saya sebenarnya tidak mahu fikir bukan-bukan. Namun saya tiba-tiba naik risau selepas terserempak dengan Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu lalu.

“Dia serta merta bertanyakan keadaan saya sama ada saya ada mimpi buruk, sengugut, ataupun sakit lain. Dia juga katakan seram apabila melihat saya,” katanya.

“Kalau kawan-kawan yang cakap macam itu, saya mungkin tak ambil kisah sangat. Tapi yang ini, Datuk Fadzilah sendiri yang cakap, ‘saya seram tengok awak’. Jadi ayat beliau sentiasa bermain-main dalam fikiran saya. Selepas ini saya merancang unuk pergi berubat,”

Syura mengatakan penyakit pelik itu mula menimpanya sewaktu merakam lagu di Indonesia sekitar September lalu.

Walaupun dinasihatkan berjumpa pakar mengenai penyakit itu, kesibukannya bertanding dalam Gegar Vaganza 4 (GV4) mengehadkan masanya.

“Disebabkan penyakit itu, berat badan saya susut sebanyak 12 kilogram sebaik menyertai GV4. Apabila membuat persembahan pun saya tidak pernah berpeluh habis seperti mana kamu lihat saya di pentas.

“Saya ada perancangan untuk pergi bertemu pakar dan berubat. Bagaimanapun belum ada masa sesuai,” katanya.

Syura tersingkir daripada GV4 malam tadi selepas mendapat markah terendah sekali gus terlepas peluang berentap di pentas akhir minggu hadapan.

Seram pula kami baca kisah Syura ini. Maklumlah perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sebelum ini ramai juga selebriti yang menjadi mangsa buatan orang dan gangguan makhluk halus ini.

Sumber: Hmetro

Sharing is caring!