/Saya Tolak Cinta Lokasi – Zul Ariffin

Saya Tolak Cinta Lokasi – Zul Ariffin

Sharing is caring!

Menolak cinta lokasi, aktor yang sedang meningkat naik, Zul Ariffin menganggap pelakon dan teman gandingan tidak perlu akrab hingga timbul gosip berkasih atas alasan mencari keserasian di set penggambaran.

“Masa berlakon, kami tumpukan perhatian kepada kerja. Misalnya, ketika beraksi, saya tak terikat dengan skrip. Saya biasakan adlib (ubah skrip secara spontan) tapi dengan keizinan pengarah”

BACA : Penonton Taksub, ‘Cinta’ Zul & Farah Dalam Drama Sahaja

“Lantas, Farah terikut rentak saya. Jadi kerjasama itu berlaku secara tak langsung. Kami hanya berjumpa sama ada di set penggambaran atau ketika berlatih,” jelasnya kepada BH Online.

Sebelum ini Zul juga pernah terpalit bercinta dengan penerbit filem bagaimanapun kisah perjalanan cinta mereka tidak berpanjangan dan putus di tengah jalan.

Tapi jika diikutkan, disiplin yang dilakukan oleh Zul dalam menjaga profesional sebagai pelakon adalah penting jika mahu dikenali sebagai pelakon berbakat dan bukannya selebriti yang popular dengan kontroversi.

SUMBER : BHONLINE

Sharing is caring!