/“Saya Juga Ada Maruah Dan Harga Diri” – Tasha Shilla

“Saya Juga Ada Maruah Dan Harga Diri” – Tasha Shilla

Sharing is caring!

Gara-gara memuat naik gambar seksi di atas kapal sewaktu bercuti, Tasha Shilla dihentam teruk oleh netizen sehingga ada mendakwa beliau ingin mencari pubisiti murahan. Tasha Shilla yang berasa kecewa dengan tuduhan sebegitu, memberitahu beliau juga punya maruah dan harga diri dan hanya cuba menjadi diri sendiri.

“Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah. Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi”

“Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum”

Gambar tersebut dimuat naik menunjukkan Tasha memakai seluar pendek dan baju yang hanya menutup bahagian payudaranya ketika bercuti. Jelasnya, gambar itu dimuat naik ketika beliau bercuti bersama ibu dan adik beradiknya.

“Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa. Gambar itu diambil ketika saya bersama ibu dan adik bercuti di Pulau Langkawi dan Koh Lipe, Thailand. Saya tidak boleh elak dikecam netizen,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sharing is caring!