/Rakus! Ika Nabella Cium Mulut Suami Di Majlis Perkahwinan

Rakus! Ika Nabella Cium Mulut Suami Di Majlis Perkahwinan

Sharing is caring!

Selepas insiden pergaduhan yang melibatkan pelakon, Ika Nabella dengan seorang wanita di KLIA2, nama Ika tenggelam timbul sebentar dari berita hiburan. Sungguhpun begitu, penampilannya sering kali dilihat di kaca televisyen membuktikan dirinya masih aktif dalam bidang lakonan.

‘Rakus Sungguh’

Terbaru, kiriman seorang pembaca Karipedas.com memberitahu bahawa gambar I`ka bersama suami seperti sengaja mahu menimbulkan kontroversi. Hasil carian kami, gambar yang dimuat naik di Instagram Ika kelihatan beliau dan suami sedang bergambar dan bercium antara satu sama lain.

Untuk anda yang tidak tahu, Ika telah sah bergelar isteri kepada Muhammad Zaid Aznampada Julai tahun lalu. Bagi kami di Karipedas.com, tiada apa yang salah kerana mereka adalah suami isteri namun mungkin status Ika sebagai ‘public figure’ dan aksi beliau itu dilihat peminat sebagai kurang manis untuk berbuat demikian.

Daripada Nyanyian Ke Lakonan

Untuk anda yang tidak tahu, nama Ika mula dikenali menerusi rancangan realiti tv popular, Akademi Fantasia musim keenam. Bakat dan namanya mula berkembang apabila bergelar pelakon sehingga ke hari ini.

 

Bagi kami, bakat beliau dalam lakonan lebih menyerlah daripada nyanyian. Setuju?

Sumber: Hangat.com

 

Sharing is caring!