/Nur Sajat Tolak Tawaran Berlakon Pelakon Popular Awie & Aaron Aziz

Nur Sajat Tolak Tawaran Berlakon Pelakon Popular Awie & Aaron Aziz

Sharing is caring!

Selepas tampil popular dengan lagu duet bersama Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat kini ditawarkan untuk menjadi watak utama dalam sebuah filem bergandingan dengan pelakon popular Awie & Aaron Aziz.

Untuk filem aksi berjudul Operasi X itu, Nur Sajat mendedahkan beliau ditawarkan watak ejen perisikan bersama Aaron Aziz namum beliau terpaksa menolak tawaran itu kerana komitmen kerja lain.

“Dalam tempoh itu banyak perkara yang perlu saya berikan perhatian termasuklah urusan hiasan dalaman dan juga kedai emas yang akan mula beroperasi pada awal Januari.

“Bukan itu saja, seperti yang umum tahu saya juga akan muncul dengan single solo pertama, Makhluk Penggoda yang turut menampilkan rakan baik saya Datuk Aliff Syukri”

“Jujur saya memang berminat untuk membintangi filem itu, apatah lagi ia turut membariskan ramai pelakon nama besar dan hebat,” ujarnya.

Nur Sajat turut mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi yang menawarkan watak tersebut dan menganggap bukan rezeki untuk dirinya kali ini.

sumber : harian metro

Sharing is caring!