/“Nikah? Tanya Bapa Zahirah Macwilson Sendiri” – Zul Ariffin

“Nikah? Tanya Bapa Zahirah Macwilson Sendiri” – Zul Ariffin

Sharing is caring!

Pada ketika ini status hubungan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson boleh dikatakan sedang terumbang-ambing. Tidak tahu mana silapnya Zul seolah masih tidak tahu apa-apa mengenai situasi Zahirah dan Kamal Adli.

Tidak pernah menyatakan niat untuk berkahwin sebelum ini, pernah beberapa kali pasangan ini didakwa bakal berkahwin. Tapi kali ini, Zul meminta soalan itu dijawab oleh bapa Zahirah yang juga pelakon, Zainol Macwilson.

“Nikah? Tanya bapa dia (Zahirah). Patung itu peminat yang beri kepada saya kerana ia ada kaitan dengan drama saya Titian Cinta. Manakala yang Zahirah pegang di lapangan terbang itu peminat dia yang beri pada ketika itu”

Selain itu Zul juga sempat menjelaskan gambar patung jerung yang dipeluk Zahirah ketika di lapangan terbang bukanlah patung yang sama beliau ada seperti yang dimuat naik di Instagramnya. Pengakuan Zul itu seolah menolak dakwaan mereka masih dalam kedaan yang baik.

“Ia bukanlah patung yang sama dan ia tiada kena mengena atau menggambarkan hubungan kami sekarang. Saya tidak tahu apa perlu diselesaikan, kena tunggu dia balik,” katanya kepada mStar Online.

SUMBER:  M STAR ONLINE

Sharing is caring!