/Nabila Muat Naik Video Kecewa Tuju Untuk Aedy?

Nabila Muat Naik Video Kecewa Tuju Untuk Aedy?

Sharing is caring!

SEBELUM ini kita digemparkan dengan kemanisan episod ‘cinta’ penyanyi, Nabila Razali dan pelakon kacak, Aedy Ashraf yang kononnya rapat seakan sedang menjalin kasih.

Namun ketika disoal oleh pihak media mengenai status perhubungan, penyanyi kelahiran ibu kota ini berkata mereka hanya sekadar teman rapat dan masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Persoalan mengenai status tersebut menjadi semakin panas apabila Aedy dilihat telah berkongsi sekeping gambar bersama seorang gadis misteri menerusi Insta Storynya, semalam .

Penyanyi Nabila Razali memuat naik video di Instagram(IG)nya yang menunjukkan dia sedang menangis dan seolah-olah kecewa dengan sikap lelaki atau kekasih.

Tanpa kapsyen, entri yang dimuat naik malam semalam itu juga tiada ruangan komen disediakan.

Menerusi video tersebut, Nabila memberitahu dia kecewa dengan lelaki yang tidak pernah rasa cukup, meskipun wanita itu telah berkorban segalanya untuk mereka.

“Lelaki ni tak pernah rasa cukupkan?.

“Tak kisah lah kita berkoban macam mana pun untuk mereka. Tetap cari yang lain.

“Jadi Bila (Nabila Razali) harap korang dah tak tanya apa-apa pasal tu.

“Kamu semua pun mesti pernah kena macam ni kan?” kata Nabila

Namun siapakah lelaki yang dimaksudkan Nabila? Ia seperti kecewa dengan lelaki yang bergelar kekasih.

Adakah lelaki itu Aedy Ashraf kerana baru-baru ini pelakon tersebut dikaitkan dengannya selepas masing-masing memuat naik foto mesra bersama.

Sementara menerusi IGStory Aedy Asharaf pula kelihatan dia memuat naik satu foto mesra dengan seorang wanita yang memeluknya.

Mungkin juga kekecewaan Nabila itu berpunca daripada foto yang dimuat naik oleh Aedy .

Namun sejauh mana kebenarannya hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Sharing is caring!