/Mia Ahmad Malas Peduli Kecaman Cium Suami

Mia Ahmad Malas Peduli Kecaman Cium Suami

Sharing is caring!

Kemenangan JDT di Piala Malaysia 2017 Sabtu lalu, turut dihangatkan lagi apabila Mia Ahmad menarik perhatian peminat dengan tularnya video Mia Ahmad mencium suaminya, yang juga penjaga gol pasukan itu. Jelasnya tindakan itu dilakukan secara spontan kerana terlalu gembira dan tidak kisah andai ianya tidak disenangi ramai.

“Sebenarnya ciuman itu berlaku automatik sebab saya terlalu gembira untuk dia dan pasukannya. Dia bekerja keras untuk perlawanan itu. Pada saya ia adalah perkara normal bila kita rasa gembira untuk suami”

“Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet’ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula. Ia perlawanan yang sangat baik, mereka memang layak untuk menang,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara tersebut.

Dalam video itu, Mia yang tampak sangat gembira dengan spontannya menarik bahu suaminya serta mencium pipi. Rata-rata ada yang menganggap tindakannya sangat romantis namun ada juga berpendapat perkara sebegitu tidak perlu ditunjukkan kepada umum biarpun bergelar suami.

Apapun sebagai manusia, anda juga pastinya akan berbuat perkara yang sama kalau gembira dengan kejayaan orang tersayang. Tidak salahnya rasanya tindakannya itu, bukanlah keterlaluan, hanya beberapa saat saja ciuman yang diberikan. Tidak perlulah rajin sangat mencari kesalahan orang lain.

SUMBER : ROTIKAYA

Sharing is caring!