/Meriah!! Sambutan Hari Jadi Anak Fasha Sandha Di KLCC

Meriah!! Sambutan Hari Jadi Anak Fasha Sandha Di KLCC

Sharing is caring!

Sempena sambutan hari lahir anak, Fasha Sandha telah meraikan majlis ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Putri Raysha Jemyma yang bertempat di KLCC. Kemeriahan majlis tersebut turut dikongsi Fasha di Instagram. Turut menarik perhatian adalah kelibat Jejai yang sama hadir meraikan anak mereka pada majlis itu.

Dalam perkongsian beberapa gambar di Instagram, Fasha dan Jejai sedondon memakai baju berwarna merah jambu sebagai tema majlis hari jadi anak mereka, berserta nama Ibu dan Dada di belakang baju masing-masing.

Melihat kemesraan mereka, ramai mendoakan Fasha dan Jejai kembali bersatu semula kerana melihat masih ada rasa cinta diantara mereka. Selain itu ramai juga memuji sikap profesional mereka yang sanggup mengketepikan selisih faham diantara mereka demi anak-anak.

Turut kelihatan juga beberapa tetamu lain seperti usahawan terkenal Nur Sajat, isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida dan Rita Sosilawati yang hadir memeriahkan hari penuh bermakna itu.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sepanjang kemeriahan hari jadi Jemyma semalam. EnjoyyGaiss!

sumber : rotikaya

Sharing is caring!