/Mengejutkan, Elyana Dedah Hidapi Kanser Tahap 4

Mengejutkan, Elyana Dedah Hidapi Kanser Tahap 4

Sharing is caring!

Dua hari lalu, penyanyi Elyana ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang banyak spekulasi tentang motif sebenar penyanyi itu bertindak demikian.

Dan ketika memberi ucapan di pentas Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi di mana beliau tersingkir dari persaingan, Elyana mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4.

Tidak dapat dipastikan kanser apa yang dihidapi Elyana ketika ini.

Dalam ucapan beliau, Elyana turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Kami pun mendoakan yang Elyana turut tabah menghadapi ujian ini bersama keluarga tercinta.

Sharing is caring!