/Keakraban Laudya Cynthia Bella, Erra Fazira Jadi Perhatian Netezin

Keakraban Laudya Cynthia Bella, Erra Fazira Jadi Perhatian Netezin

Sharing is caring!

JARANG sekali kita dapat saksikan hubungan di antara bekas isteri dan isteri baru terjalin rapat dan bagi Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella, mereka terlihat sungguh serasi bersama.Alhamdulillah.

Memetik laporan Kapan Lagi, Erra dan juga Bella bukan saja sama-sama menghantar anak mereka, Aleesya ke sekolah malah turut meluangkan masa dengan aktiviti zumba.

Perkara tersebut turut dikongsikan pasangan ini di laman Instagram masing-masing dan ternyata perkara tersebut membuatkan peminat kagum selain mendoakan agar hubungan kekeluargaan mereka sentiasa kekal bahagia.

Jika dilihat dari satu sudut, sudah pastinya suami Bella, Engku Emran dan juga Erra sudah pun melupakan persengketaan masa lalu dan kini memberikan tumpuan sepenuhnya untuk masa hadapan yang lebih baik lebih-lebih lagi buat Aleesya yang pastinya memerlukan kasih sayang ibu bapa.

Kami kongsikan beberapa lagi gambar sepanjang Bella dan juga Erra sama-sama meluangkan masa dengan aktiviti zumba. Untung Aleesya dapat berkongsi kasih sayang bersama dua orang ibu.

 

Sharing is caring!