/Ganja Dalam Kereta, Nadzmi Adhwa Mengaku Ditahan Polis

Ganja Dalam Kereta, Nadzmi Adhwa Mengaku Ditahan Polis

Sharing is caring!

Sebentar tadi Karipedas.com telah berkongsi dengan anda mengenai seorang selebriti remaja yang ditahan polis bersama rakannya atas tuduhan memiliki dadah yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu kereta mereka.

Nadzmi Adha Mengaku Dicekup Polis

Sebentar tadi selebriti yang dimaksudkan, Nadzmi Adhwa mengaku bahawa beliau decekup polis dan kenyataan tersebut telah dikeluarkan syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd. Dalam kejadian Jumaat lalu, polis menemui bahan terlarang iaitu ganja dalam kereta beliau di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangasa, Kuala Lumpur. Pelakon yang berusia 25 tahun ini turut ditahan bersama seorang rakan dan adiknya dan hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati pelakon itu positif dadah.

Terlalu Percaya Rakan Baik

Nadzmi turut mengaku bahawa penahanannya itu disebabkan kerana terlalu mempercayai rakan baiknya yang sememangnya dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja. Malah ekoran peristiwa itu, beliau akan lebih berhati -hati dalam memilih kawan dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Sumber: Hangat

Sharing is caring!