/“Biarlah Orang Mahu Bercakap, Saya Buat Tak Dengar Saja” – Bella Astillah

“Biarlah Orang Mahu Bercakap, Saya Buat Tak Dengar Saja” – Bella Astillah

Sharing is caring!

Walaupun pernah dikasari suami sendiri setelah menjumpai berduaan dengan wanita lain bukanlah perkara yang amat mudah untuk dilupakan. Bagi Bella Astillah, beliau harus bersikap positif demi masa depan keluarganya namun prosesnya pasti mengambil masa. Biarpun orang masih bercakap, Bella enggan terlalu memikirkannya.

“Kehidupan saya bertambah baik ditambah pula dengan kehadiran bayi kami. Alhamdulillah tetapi ini semua mengambil masa. Perlahan-lahan saya cuba.

“Saya tidak mahu kenang lagi kerana jika saya terluka itu akan menjejaskan diri dan keluarga saya. Saya kena fikir positif demi masa depan yang cerah. Walaupun orang masih bercakap, saya buat tidak dengar,” jelasnya.

Baru-baru ini kontroversi diantara Aliff Aziz dan Afifah Nasir sekali lagi timbul apabila Aliff bertindak membalas kenyataan Afifah yang mendakwa dirinya sudah memaafkan Bella sedangkan beliau yang bersalah.

Penjelasan yang panjang lebar itu dimuat naik di Instagram Aliff, juga menyebut jika wanita itu sudah berbaik dengan isterinya tunjuk bukti perbualan dengan isterinya kepada umum, kalau ada. Malah Aliff juga menyuruh Afifah berdiam diri sahaja dari menipu semua orang.

Sumber : Rotikaya

Sharing is caring!