/Aqasha: Bila Saya Bawa Bodyguard?

Aqasha: Bila Saya Bawa Bodyguard?

Sharing is caring!

Bintang GegarVaganza 4 (GV4) 2017, Aqasha menjelaskan empat orang lelaki memakai sut lengkap dan kemas yang mengiringinya sepanjang program tersebut berlangsung, bukan pengawal peribadinya.

Sebaliknya kata Aqasha, mereka adalah sebahagian daripada pasukan pengurusannya iaitu The A Team.

“Mana ada bawa ‘bodyguard’, mereka ini merupakan pihak pengurusan yang akan menjaga saya sepanjang GV4.

“Mengenai penampilan, disebabkan mereka masih muda saya beri satu panduan supaya mereka nampak lebih kemas dan bergaya.

“Saya mahukan konsep seperti pengawal peribadi tapi tak sangka pula ramai yang ingat mereka adalah ‘bodyguard saya,” katanya.

Aqasha ditemui sebaik sahaja tamat konsert kedua GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Dalam pada itu, Aqasha memberitahu dia begitu selesa dengan kehadiran pihak pengurusan yang banyak membantunya.

“Mereka bersama saya untuk memudahkan segala urusan termasuklah ketika bertemu peminat. The A Team ini sebenarnya syarikat pengurusan saya dan mempunyai 10 orang pekerja.

“Setakat ini The A Team secara khususnya hanya untuk menjaga saya. Pasukan inilah yang akan menguruskan segalanya sebab bilasaya fikir bila masuk GV4 ini, nak uruskan jadual kerja sendiri memang jadi kelam-kabut.

“Jadi sebelum perkara itu berlaku dan saya keletihan lebih baik ada satu pasukan yang bantu saya. Alhamdulillah bila dengan mereka segalanya berjalan lancar dan teratur,” jelasnya.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sumber: Gempak

Sharing is caring!