/“Afifah Nasir Baik Diam Dari Asyik Menipu Semua” – Bella

“Afifah Nasir Baik Diam Dari Asyik Menipu Semua” – Bella

Sharing is caring!

Jika kamu semua rasa ketegangan situasi di antara Afifah Nasir dan juga Aliff Aziz sudah pun reda, ternyata sangkaan anda itu SILAP. Melalui perkongsian Aliff di Instagram baru-baru ini, ia bagai merungkai keadaan sebenar yang berlaku di antara mereka.

Merujuk kepada kenyataan Afifah kepada media baru-baru ini mengenai hubungannya bersama isteri Aliff, Bella yang disifatkan baik-baik saja, pelakon lelaki berkenaan menyatakan apa yang diperkatakan oleh Afifah adalah satu penipuan.

“Jika benar Bella cakap hubungan di antara mereka semakin baik ketika dihubungi melalui Whatsapp, kenapa awak tak tunjuk Whatsapp tersebut kepada media?,” antara persoalan yang diutarakan Aliff di Instagram.

Sementara itu, memetik kenyataannya yang lain, Aliff sangat berharap Afifah dapat berkata benar dan tidak terus menyebarkan kenyataan yang tidak benar kepada orang ramai. Tambah Aliff lagi, dia sudah berdiam cukup lama melihatkan penipuan yang dilakukan oleh Afifah.

Tidak berani juga kami nak kata apa tentang apa yang terjadi di antara mereka ini selain mengharapkan ketegangan yang terjadi boleh dipulihkan atau biarkan saja waktu jadi penentu.

Penat tahu jika kita mahu menjelaskan segala benda kepada orang ramai yang mungkin tidak akan faham langsung tentang situasi yang kita lalui.

Sharing is caring!