/Abam Bocey Kahwin Kawan Lama, Dikhabarkan Bakal Kahwin Bulan Depan

Abam Bocey Kahwin Kawan Lama, Dikhabarkan Bakal Kahwin Bulan Depan

Sharing is caring!

Tahniah kami ucapkan kepada Abam Bocey yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang beliau pada bulan depan bersama wanita pilihannya yang didakwa kenalan lama. Difahamkan juga majlis pernikahan ini bakal diadakan pda 8 Disember di rumah pihak perempuan dan keesokannya di kediaman lelaki.

“Saya mahu kumpul harta terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami. Apabila berkahwin, saya mahu ada kediaman sendiri.
Insya-Allah, saya akan membawa ibu tinggal bersama saya dan bakal isteri. Siapa lagi diharapkan membahagiakan ibu jika bukan anaknya sendiri”

Jika masih ingat sebelum ini Abam pernah berbicara mengenai hubungannya dengan seorang wanita Sabah, namun dalam soal jodoh, manusia hanya mampu merancang. Menurut Abam, hubungan cinta diantara beliau dan gadis terbabit baru sahaja terjalin baru-baru ini.

Bagaimanapun buat masa ini, Abam masih berteka-teki dengan wajah bakal isterinya. Apapun tahniah sekali diucapkan kepada Abam, semoga segala rancangan persiapan perkahwinan akan dipermudahkan olehNya.

TAGS:

Sharing is caring!